Saturday, July 30, 2016

JDT Turun Tanpa Import

Cis ...camner plak JDT boleh kalah  ?

Setelah meneliti senarai pemain JDT malam ni, Sam dapati JDT langsung tidak menurunkan pemain import mereka. JDT telah menyenaraikan 14 pemain yang pernah bermain untuk pasukan kebangsaan negara masing-masing. Namun mereka masih gagal untuk menang.  Kenapa ya ? Adakah kerana ingin merehatkan pemain ?


Sebenarnya Sam sedang mengikut perkembangan pasukan yang berada dalam Kumpulan C Piala Malaysia. Setelah tamat tiga perlawanan, PDRM berada di tangga teratas dengan mengutip 7 mata. Diikuti pasukan Perak dengan 6 mata. JDT berada ditangga ketiga dengan 2 mata dan PKNS hanya mengutip satu mata.


Throwback keputusan perlawanan.

Perlawanan pertama :

JDT 2 - 2 PKNS
Perak 1 - 2 PDRM

Perlawanan kedua :

Perak 4 - 1 PKNS
PDRM 1 - 1 JDT 

Perlawanan ketiga :

Perak 3 - 0 JDT
PKNS 1 - 2 PDRM

Tuesday, July 26, 2016

Bisanya Pukulan Guru.

Ha ha ha ...

Nak tergelak aku membaca satu artikel berkaitan kes guru pukul pelajar.

Hi hi hi ...

Mungkin kali ini guru bertindak balas sebab asyik-asyik guru je yang kena pukul dengan pelajar tanpa pembelaan.

Hu hu hu ...

Kali ini guru-guru mula bertindak ... 

Pada pendapat Sam, sudah sampai masanya untuk Kementerian Guru-Guru mengembalikan kuasa merotan kepada guru. Ini untuk mengelakkan kejadian  guru pukul pelajar berulang. Apabila guru-guru sudah mempunyai kuasa merotan tentunya mereka tidak akan menampar, menyekeh atau meluku pelajar. Tiada sentuhan fizikal daripada guru. Guru hanya akan merotan pelajar sahaja.

Kementerian Guru-Guru juga perlu menetap zon tertentu pada tubuh pelajar yang boleh dirotan. Sam cadangkan supaya zon punggung, zon betis dan zon tapak tangan dijadikan zon strategik untuk dirotan. Bilangan had merotan juga perlu ditetapkan. Sam cadangkan supaya hanya 3 rotan sahaja boleh diberi pada satu-satu masa. Tetapkan had umur bagi pelajar yang dirotan. Contohnya, hukuman rotan hanya boleh dikenakan kepada pelajar yang berumur 10 tahun ke atas. 

Kesemua kesalahan pelajar juga perlu direkodkan. Ini akan menjadi bukti apabila muncul sesuatu kes yang besar. Apabila ada ibubapa mempertikaikan sesuatu tindakan disiplin oleh pihak sekolah, maka mudah untuk pihak sekolah memulangkan paku buah keras.


Kepada Kementerian Sekolah, janganlah terima permohonan masuk semula bagi pelajar yang sudah dibuang sekolah. Pelajar ini pastinya sekali lagi akan menimbulkan masalah kepada guru-guru. Pelajar-pelajar ini sepatutnya disalurkan ke pusat giat, institut latihan perindustrian atau mana-mana pusat kemahiran. Ini secara tidak langsung dapat melahirkan tenaga kerja mahir.


Sam juga berpendapat bahawa sistem pendidikan kita juga bermasalah. Mana mungkin seorang remaja  duduk di dalam kelas selama 6 jam hanya untuk mengadap 16 buku . Golongan remaja ini mahu bergerak bebas melakukan aktiviti. Itulah sebab matapelajaran senaman, lukisan dan kemahiran bertukang/memasak sentiasa mendapat perhatian pelajar. Mereka seronok dengan pelbagai aktiviti.


Kepada ibubapa yang suka mencari kesalahan guru dan terlalu sayang/memanjakan anak, sila cari sekolah swasta yang tidak ketat kawalan disiplinnya supaya anak anda lebih bebas. Mungkin lebih bagus masuk belajar di sekolah pondok supaya terdidik akhlaknya. Jika kalian masih mahu menghantar anak ke sekolah harian biasa, terimalah apa sahaja seadanya.

Ho ho ho... bukan semua guru gila dan semborono.


Kepada kaum guru, jika anda seorang pendidik, didiklah pelajar secara berhemah. Bentuklah akhlak pelajar sebaik mungkin. Mungkin hari ini murid yang kita yang bermasalah, esok lusa mungkin anak kita pula yang bermasalah. Berhati-hati dalam bertindak dan berkata-kata.

Jika ada pelajar yang bermasalah, siasat dan buat hukuman mengikut prosidur. Laku semuanya step by step sehingga 7 step. Sekali kesalahan dikira satu step tindakan. Apabila cukup 7 step bermakna pelajar ini sudah melakukan 7 kesalahan. Dia wajar dibuang bukan dilempang. Pada surat berhenti sekolah pelajar tersebut boleh ditulis kelakuannya 'SEDERHANA'. 

Perkataan 'SEDERHANA' itu adalah pukulan yang paling bisa yang menyebabkan dia terseksa seumur hidupnya.



Cuba anda fikirkan, institusi manakah yang mahu menerima pelajar berkelakuan sederhana ? Majikan manakah yang sanggup menerima pekerja berkelakuan sederhana ? Mertua manakah yang akan menerima menantu berkelakuan sederhana ?

Guru-guru sekalian, berhati-hatilah dalam setiap tindakan dan jangan melampaui sempadan.